Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Monday, November 23, 2009

Kem Motivasi


Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :

O13-225O476 (Pengerusi)
019-2068254 (Pentadbiran)
016-9660463 (Guru Hafiz)

Read More......

Tuesday, June 23, 2009

Aluan

Pengenalan

MAHAAD TAHFIZ NURUL HUDA ditubuhkan pada Januari 2001 . Dalam bangunan ini sekumpulan AJK pelajar memulakan sejarah sekolah dengan program melancar dan menghafaz Al-Quran dengan guru Al-Hafiz. Mereka belajar sekali dalam seminggu . Bertitik tolak dari itu pihak AJK Surau merancang usaha untuk memperkembangkan bangunan ini. Hasilnya dengan izin Allah , bantuan dan kerjasama semua pihak bangunan ini telah pun siap.

Bangunan bernilai RM 150,000.00 ini berupaya menyediakan pembelajaran harian yang fleksibel. Bangunan ini mengandungi kemudahan 2 kelas, surau, tandas, pejabat, kantin dan padang permainan .

Maahad Tahfiz Nurul Huda telah mula menjalankan program sepenuh masa mulai 21 Disember 2003 dengan pengambilan 10 orang pelajar bersama seorang guru sepenuh masa.


Falsafah

Islam bukanlah sekadar satu agama yang dipelajari sahaja tetapi hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai cara hidup yang sebenar. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam"

Matlamat

  • Untuk melahirkan insan yang menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber dalam menerokai semua bidang ilmu .

  • Untuk melahirkan golongan yang dapat merealisasikan Ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian
Objektif

Individu yang mengikuti program di Maahad Tahfiz Nurul Huda akan dapat :

1. Mengutamakan Ilmu Fardhu Ain.

2. Mengenali Al-Quran

3. Membaca Al Quran dengan betul

4. Memahami ajaran Al-Quran

5. Menghafaz Al-Quran

6 Menghayati serta mengamalkan
ajaran Al Quran

7. Memahami ilmu duniawi dan ukhrawi
dengan lebih mendalam


Rsulullah S.A.W. telah bersabda yang

Bermaksud :

Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Riwayat Imam Bukhari


Sukatan Pelajaran

Menggunakan sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran yang disediakan adalah seperti berikut:

1.TAHFIZ AL-QURAAN

Sistem Hafalan Secara Talaqqi

Hafalan di hadapan guru

Hafalan 30 juzuk di hadapan guru

Ulang hafalan 30 juzuk di hadapan guru sebanyak 2 kali khatam

Hafalan terakhir 30 juzuk di hadapan guru

Sijil Syahadah


2. PENGAJIAN ISLAM

a) Al-Quran: Tajwid.

b) Ulum Syariah:

c) Akhlak.

3. BAHASA ARAB

Nahu
Sorof

Read More......

Guru dan Pelajar

Read More......

Pentadbir Sekolah

Dari kiri Pengerusi Maahad Tahfiz Nurul Huda Tuan Haji Sahibon bin Md Yusof,
Guru tahfiz Al- Hafiz Ustaz Ahmad Shahroini
dan Pentadbiran Ustaz Fathur Rahman b. Sahibon.


CARTA ORGANISASI MAAHAD TAHFIZ NURUL HUDA


dwiklik pada imej untuk paparan jelas

Read More......

Infrastruktur Sekolah

Bangunan utama Maahad Tahfiz Nurul Huda




Bilik darjah





Dewan Serba Guna



Padang riadah

Read More......

Aktiviti Sekolah

Lawatan Ke Darul Quran

Lawatan Ke Darul Quran: sedang mendengar taklimat





Lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi


Perlawanan persahabatan Bola Sepak di antara Maahad Tahfiz Nurul Huda
dan Tahfiz Raudah Sungai Serai.

Read More......

Thursday, June 18, 2009

RANCANGAN PELAN PEMBANGUNAN

PEMBANGUNAN ASRAMA , KANTIN SERTA RUMAH GURU

Maahad Tahfiz Nurul Huda mengalu-alukan sumbangan wang untuk membiayai projek asrama dan rumah guru.

Akaun Bank Islam : 12092010018790 { Tetuan Maahad Tahfiz Nurul Huda }
Untuk pertanyaan, sila hubungi :

Ustaz Sahibon bin Mohd. Yusoff HP : O13-225O476 Pengerusi
Ustaz Fathur Rahman HP : 019-2068254 Pentadbiran
Ustaz Ahmad Shahroini HP : 016-9660463 Guru Hafiz


Atau

datang sendiri ke tempat kami untuk perbincangan lanjut.

BERILMU, BERAMAL
DAN BERTAQWA
TERIMA KASIH

Read More......

Friday, May 22, 2009

Terjemahan Surah AL-'ALAQ





Terjemahan Surah AL-'ALAQ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


1 Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2 Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3 Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
4 Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
5 Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
6 Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
7 Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
8 (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
9 Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);
10 Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
11 Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?
12 Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?
13 Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?
14 Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
15 Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);
16 Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
17 Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
18 Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).
19 Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!




Read More......