Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Tuesday, June 23, 2009

Aluan

Pengenalan

MAHAAD TAHFIZ NURUL HUDA ditubuhkan pada Januari 2001 . Dalam bangunan ini sekumpulan AJK pelajar memulakan sejarah sekolah dengan program melancar dan menghafaz Al-Quran dengan guru Al-Hafiz. Mereka belajar sekali dalam seminggu . Bertitik tolak dari itu pihak AJK Surau merancang usaha untuk memperkembangkan bangunan ini. Hasilnya dengan izin Allah , bantuan dan kerjasama semua pihak bangunan ini telah pun siap.

Bangunan bernilai RM 150,000.00 ini berupaya menyediakan pembelajaran harian yang fleksibel. Bangunan ini mengandungi kemudahan 2 kelas, surau, tandas, pejabat, kantin dan padang permainan .

Maahad Tahfiz Nurul Huda telah mula menjalankan program sepenuh masa mulai 21 Disember 2003 dengan pengambilan 10 orang pelajar bersama seorang guru sepenuh masa.


Falsafah

Islam bukanlah sekadar satu agama yang dipelajari sahaja tetapi hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian sebagai cara hidup yang sebenar. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam"

Matlamat

  • Untuk melahirkan insan yang menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber dalam menerokai semua bidang ilmu .

  • Untuk melahirkan golongan yang dapat merealisasikan Ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian
Objektif

Individu yang mengikuti program di Maahad Tahfiz Nurul Huda akan dapat :

1. Mengutamakan Ilmu Fardhu Ain.

2. Mengenali Al-Quran

3. Membaca Al Quran dengan betul

4. Memahami ajaran Al-Quran

5. Menghafaz Al-Quran

6 Menghayati serta mengamalkan
ajaran Al Quran

7. Memahami ilmu duniawi dan ukhrawi
dengan lebih mendalam


Rsulullah S.A.W. telah bersabda yang

Bermaksud :

Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Riwayat Imam Bukhari


Sukatan Pelajaran

Menggunakan sukatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mata pelajaran yang disediakan adalah seperti berikut:

1.TAHFIZ AL-QURAAN

Sistem Hafalan Secara Talaqqi

Hafalan di hadapan guru

Hafalan 30 juzuk di hadapan guru

Ulang hafalan 30 juzuk di hadapan guru sebanyak 2 kali khatam

Hafalan terakhir 30 juzuk di hadapan guru

Sijil Syahadah


2. PENGAJIAN ISLAM

a) Al-Quran: Tajwid.

b) Ulum Syariah:

c) Akhlak.

3. BAHASA ARAB

Nahu
Sorof

0 comments:

Post a Comment